Monday, October 4, 2010

Kidzui – Pelayar Internet Untuk Kanak-Kanak

Kidzui adalah pelayar web (web browser) yang dibuat khas untuk kanak-kanak yang berusia dari 3 – 12 tahun. Ia mengandungi pelbagai aplikasi dan program yang sesuai untuk kanak-kanak, yang mana telah diluluskan oleh para guru dan ibu bapa dari seluruh dunia.

Di dalam Kidzui ini terdapat halaman web, video, permainan dan gambar-gambar yang menarik serta mengasyikkan.

Apa yang menriknya, anda sebagai ibu bapa, dapat memantau sebarang aktiviti yang anak anda lakukan. Kidzui akan menghantar laporan setiap aktiviti anak-anak kepada anda setiap minggu.

Di dalamnya terdapat video dan permainan berdasarkan cerita kanak-kanak dari Disney Channel, Cartoon Networks, Nickelodean dan lain-lain lagi. Ben 10, Dore The Explorer, Mickey Mouse, Power Rangers, Barbie dan pelbagai lagi watak kartun yang anak-anak anda kenali terdapat di sini.

No comments:

Post a Comment